Nadi X Nurture: Webinar Ekelas Usahawan Strategi Pemasaran Digital
19 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 18 November 2025 bersamaan hari Selasa, Webinar eKelas Usahawan Strategi Pemasaran Digital telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para usahawan mengenai kepentingan pemasaran digital dalam era perniagaan masa kini, serta membantu mereka memahami strategi, teknik dan alat digital yang dapat meningkatkan kehadiran jenama dan meluaskan capaian pelanggan secara dalam talian.
Aktiviti Utama:
1. Panduan praktikal untuk strategi pemasaran digital
2. Tips dan alat media sosial yang terkini
3. Kaedah menarik pelanggan yang tepat dan berkesan
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk mendalami strategi pemasaran digital yang lebih tersusun, memahami kepentingan media sosial dalam membina jenama, serta memperoleh kemahiran praktikal untuk meningkatkan capaian dan jualan melalui platform dalam talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: